Monday 13 June 2016

PINAKOL

Legenda di sebalik "Pinakol" suku Rungus.

Pinakol merupakan sejenis kraftangan Rungus dari Kudat, Utara North Borneo. Ia merupakan kraftangan manik yang di dalamnya terdapat kira-kira empat motif yang mewakili sebuah kisah legenda. Empat motif itu adalah :

1. Tiningulun - yang bererti "Orang."
2. Inompuling - yang bererti senjata.
3. Tinugarang - yang merupakan binatang mistik yang sangat berbisa.
4. Vinusak - yang bererti sejenis bunga penawar racun.

Menurut kisah legenda, pada suatu masa dahulu, terdapat la seorang pahlawan yang dipanggil "Tiningulun," dia telah mengembara sambil membawa sejenis senjata yang dipanggil "Inompuling/Tinompuling." Di dalam perjalanan, dia telah bertemu dengan sejenis binatang yang sangat berbisa yang bernama "Tinugarang". Dalam dialek Liwan, ada binatang yang bernama "Tugarang," dalam bahasa Melayu bererti "bengkarung," istilah Tinugarang dalam dialek Liwan pula kata kerja yang bererti "menjadi tugarang," merujuk sesuatu yang menjelma.

Kembali ke cerita, setelah bertarung dengan binatang itu, dia berjaya membunuhnya, tetapi binatang berbisa (Tinugarang) itu berjaya mengigit si pahlawan ini (Tiningulun). Maka, dalam kesakitan dia berjalan dan dalam perjalanan itu dia telah menemui sejenis bunga yang bernama "Vinusak" (tusak dlm dialek Liwan ertinya bunga). Vinusak ini kononya bunga penawar racun, maka si pahlawan pun mengambil bunga ini lalu memakainya untuk mengubati bisa gigitan Tinugarang.

Dari kisah ini telah menjadi inspirasi kaum Rungus dalam membuat motif dalam kraftangan manik, sekaligus mengabadikan kisah legenda Tiningulun itu pada kalung manik, yang selalunya dipakai oleh kaum lelaki Rungus.

No comments:

Post a Comment